+60199105222 ganti.terengganu@gmail.com

Khamis, 28 November 2013

Meja Admin : PERKUKUHKAN EKONOMI UMMAH SBG SATU JIHAD

TAZKIRAH KASIH SAYANG SESAMA KITA

Assalamualaikum Wrt Wb

Negara kita perlu membina amalan jihad ekonomi sebagai salah satu misi perjuangan, gagasan utama bagi memperkasa serta memperkayakan aset dan kuasa masyarakat Islam dengan sekurang-kurangnya mencapai sasaran 50 peratus. 



Jihad perniagaan dapat membendung dan menyusun semula sistem ekonomi kapitalisme yang liar supaya lebih adil dan saksama sehingga melahirkan ciri sistem ekonomi halal berlandaskan Islam. 

Konsep jihad perniagaan berupaya menggembleng kekuatan ekonomi, mengembang dan memacu pertumbuhan pesat ekonom ummah dan negara. 

“Dalam memburu kejayaan dan kekayaan mereka dituntut mengejar keberkatan serta keredaan dijana berlandaskan prinsip semua harta kekayaan adalah amanah yang dipertanggungjawabkan untuk umat Islam lain terutama golongan miskin. 

“Kekuatan umat Islam terletak kepada pegangan hidup yang tidak keterlaluan dengan mementingkan dunia dan materialistik,” 

GANTI ( http://iluvurl.com/ganti) adalah sebuah pergerakan amar makruf nahi mungkar yang perlukan kepada pembiayaan kewangan yang banyak bagi melaksanakan pelbagai programnya. Tidak dapat tidak usaha kena diatur agar kebergantungan semata-mata kepada sumbangan ehsan pendokong dan penyokong diimbangi dengan inisiatif GANTI melalui perancangan ekonominya sendiri.

InsyaAllah, saya dan rakan-rakan telah mengambil langkah perlu untuk memperbadankan sayap ekonomi GANTI di bawah Akta Syarikat bagi memperkukuhkan ekonomi disamping turut serta dalam proses jihad ekonomi yg amat diperlukan bagi tujuan perjuangan. Ini akan beri ruang kepada penyusunan sebuah entiti yang diurus tadbir secara lebih cekap, berkesan dan profesional. Merchandising, Advertising, Event Management adalah antara aktiviti yang sedang dirangka.

InsyaAllah, GANTI akan melancarkan satu Portal Jaringan Perniagaan dan Perkhidmatan GANTI (Tak terhad kepada Muslim sahaja tapi juga semua penyokong Falsafah Amar makruf Nahi Mungkar) sebagai satu usaha khidmat peniagaan pengiklanan pada kadar yang paling murah untuk disertai oleh semua untuk memperkenalkan perniagaan masing-masing. Semua boleh iklankan. restoran, hardware, runcit, khidmat perunding, kesihatan, kontraktor. Bagi korporat yang menyokong yang kebetulan mempunyai sistem jaringan vendor yang bergantung kontrak kepadanya, boleh bantu dengan galakkan vendor masing2 menyumbang sambil mengiklan di Portal berkenaan. Selain mempunyai iklan menarik yang dipaparkan dalam Portal Jaringan Perniagaan dan Perkhidmatan GANTI, ini akan jadi medium utk menyumbang secara tetap dalam membiayai pelbagai program penerangan, risalah2, jelajah penerangan desa, sukan dan lain-lain lagi. Kadar mungkin sekitar RM50 sahaja sebulan untuk satu muka penuh Iklan dengan rekabentuk boleh diuruskan oleh GANTI. Link kepada Portal ini InsyaAllah akan dipautkan ke Blog GANTI selain dari pelbagai portal berita yang lain.

Banyak boleh kita lakukan bersama dalam menjalankan misi perjuangan ini. Setidak-tidaknya jika tiada ruang untuk korbankan masa dan tenaga, sama-samalah turut menyumbang dengan pelbagai cara yang lain termasuk melalui program ekonomi yang kami rancangkan ini.

Wassalam

Hj Ahmad Amzad Hashim
GANTI Mengajak Perubahan
No comments

Sabtu, 16 November 2013

Penginapan Sofea, Atas Tol, Kuala Terengganu



Hubungi Kami

Untuk pertanyaan dan tempahan bolehlah dihubungi seperti berikut:
Haji Amzad-0199854013 | Hajjah Suriati-0199571423

Anda juga boleh melayari link berikut:

versi facebook pula:

Penginapan Sofea

Penginapan Homestay selesa pada kadar RM70 minima? 
Maksima hanya pada RM160 bagi saiz rumah yang sama.  

Penginapan Sofea menawarkan penginapan yang ideal untuk bermalam di Kuala Terengganu berkonsepkan compound homestay. 



Pakej 1

7 buah rumah teres setingkat yang selesa dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air.

C1 IRHAM
C2 SOFEA
C3 AISYAH
D1 LUQMAN

2 buah katil Queen
2 buah katil bujang di setiap rumah. 

aircond dalam bilik tidur utama 
aircond dalam ruang keluarga
televisyen
peti sejuk
cerek elektrik
kipas syiling di setiap ruang 

ruang letak kereta untuk 2 buah kereta. 
ruang meletak kenderaan yang luas di tepi rumah untuk kereta, van, bas atau lori





Pakej 2

D2 AIMAN
D3 SYAHIDA 
D4 NAJWAN 

1 buah katil bunk bed
4 buah katil 2 tingkat di setiap rumah

aircond dalam bilik tidur utama 
aircond dalam bilik tidur ketiga
aircond dalam ruang keluarga
televisyen
peti sejuk
cerek elektrik
kipas syiling di setiap ruang 

ruang letak kereta untuk 2 buah kereta. 
ruang meletak kenderaan yang luas di tepi rumah untuk kereta, van, bas atau lori


Lokasi Penginapan Sofea

Penginapan Sofea terletak dilokasi yang bercirikan suasana kedesaan di belakang Sekolah Kebangsaan Atas Tol, di Kampung Atas Tol kira-kira 15km dari Bandar Kuala Terengganu. Bagi pengunjung yang memandu dan menggunakan GPS, taip saja Sekolah atau Masjid Kampung Atas Tol, anda akan dengan mudah tiba ke Penginapan Sofea. Papan tunjuk arah juga banyak dipasang di simpang-simpang jalan yang utama di sekitar Kuala Terengganu dan Marang.

Penginapan Sofea adalah berhampiran dengan lokasi-lokasi tarikan: 
Kompleks Pameran Noor Arfa Chendering (8km)
Desa Murni Batik (3km)
Pekan Bukit Payung
PLKN Padang Kacong (15 minit)
Masjid Jamek Pengadang Baru (3km)



Kemudahan Berdekatan Penginapan Sofea

kedai runcit 
kedai makan 
pasar minggu Gelugor Kedai (2km) setiap pagi hari Jumaat
pasar malam Kg. Atas Tol setiap hari Isnin 
pasar malam Pengadang Baru (3km) setiap hari Selasa
Pasar Besar Kedai Buluh (1km) setiap petang untuk pelbagai juadah, kuih muih

Check In, Check Out

Check In selepas 1 petang 
Check Out sebelum 12 tengahari

Pengunjung yang ingin mendaftar keluar perlu memaklumkan paling lewat 30 minit sebelum keluar bagi proses penyerahan balik kunci.





Pembayaran

Pembayaran penuh perlulah dibuat ketika mengambil kunci

Tempahan

Pengunjung digalakkan membuat tempahan awal dengan membayar deposit.

Hubungi Kami

Untuk pertanyaan dan tempahan bolehlah dihubungi seperti berikut:
Haji Amzad-0199854013 | Hajjah Suriati-0199571423

Anda juga boleh melayari link berikut:

versi facebook pula:
No comments

Khamis, 7 November 2013