+60199105222 ganti.terengganu@gmail.com

Khamis, 28 November 2013

Meja Admin : PERKUKUHKAN EKONOMI UMMAH SBG SATU JIHAD

5:45 PTG

Share it Please
TAZKIRAH KASIH SAYANG SESAMA KITA

Assalamualaikum Wrt Wb

Negara kita perlu membina amalan jihad ekonomi sebagai salah satu misi perjuangan, gagasan utama bagi memperkasa serta memperkayakan aset dan kuasa masyarakat Islam dengan sekurang-kurangnya mencapai sasaran 50 peratus. 



Jihad perniagaan dapat membendung dan menyusun semula sistem ekonomi kapitalisme yang liar supaya lebih adil dan saksama sehingga melahirkan ciri sistem ekonomi halal berlandaskan Islam. 

Konsep jihad perniagaan berupaya menggembleng kekuatan ekonomi, mengembang dan memacu pertumbuhan pesat ekonom ummah dan negara. 

“Dalam memburu kejayaan dan kekayaan mereka dituntut mengejar keberkatan serta keredaan dijana berlandaskan prinsip semua harta kekayaan adalah amanah yang dipertanggungjawabkan untuk umat Islam lain terutama golongan miskin. 

“Kekuatan umat Islam terletak kepada pegangan hidup yang tidak keterlaluan dengan mementingkan dunia dan materialistik,” 

GANTI ( http://iluvurl.com/ganti) adalah sebuah pergerakan amar makruf nahi mungkar yang perlukan kepada pembiayaan kewangan yang banyak bagi melaksanakan pelbagai programnya. Tidak dapat tidak usaha kena diatur agar kebergantungan semata-mata kepada sumbangan ehsan pendokong dan penyokong diimbangi dengan inisiatif GANTI melalui perancangan ekonominya sendiri.

InsyaAllah, saya dan rakan-rakan telah mengambil langkah perlu untuk memperbadankan sayap ekonomi GANTI di bawah Akta Syarikat bagi memperkukuhkan ekonomi disamping turut serta dalam proses jihad ekonomi yg amat diperlukan bagi tujuan perjuangan. Ini akan beri ruang kepada penyusunan sebuah entiti yang diurus tadbir secara lebih cekap, berkesan dan profesional. Merchandising, Advertising, Event Management adalah antara aktiviti yang sedang dirangka.

InsyaAllah, GANTI akan melancarkan satu Portal Jaringan Perniagaan dan Perkhidmatan GANTI (Tak terhad kepada Muslim sahaja tapi juga semua penyokong Falsafah Amar makruf Nahi Mungkar) sebagai satu usaha khidmat peniagaan pengiklanan pada kadar yang paling murah untuk disertai oleh semua untuk memperkenalkan perniagaan masing-masing. Semua boleh iklankan. restoran, hardware, runcit, khidmat perunding, kesihatan, kontraktor. Bagi korporat yang menyokong yang kebetulan mempunyai sistem jaringan vendor yang bergantung kontrak kepadanya, boleh bantu dengan galakkan vendor masing2 menyumbang sambil mengiklan di Portal berkenaan. Selain mempunyai iklan menarik yang dipaparkan dalam Portal Jaringan Perniagaan dan Perkhidmatan GANTI, ini akan jadi medium utk menyumbang secara tetap dalam membiayai pelbagai program penerangan, risalah2, jelajah penerangan desa, sukan dan lain-lain lagi. Kadar mungkin sekitar RM50 sahaja sebulan untuk satu muka penuh Iklan dengan rekabentuk boleh diuruskan oleh GANTI. Link kepada Portal ini InsyaAllah akan dipautkan ke Blog GANTI selain dari pelbagai portal berita yang lain.

Banyak boleh kita lakukan bersama dalam menjalankan misi perjuangan ini. Setidak-tidaknya jika tiada ruang untuk korbankan masa dan tenaga, sama-samalah turut menyumbang dengan pelbagai cara yang lain termasuk melalui program ekonomi yang kami rancangkan ini.

Wassalam

Hj Ahmad Amzad Hashim
GANTI Mengajak Perubahan

0 ulasan:

Catat Ulasan